Sunday, January 2, 2011

CeRiTa CiNta..


by Ady Richard on Sunday, 02 January 2011 at 18:37
 
Dalam proses meningkat dewasa, zaman skg ni boleh kata semua orang masuk ipt kecuali yg degil macam aku,
dalam masyarakat kita yg mengamalkan pergaulan bebas dimana IPT semua bercampur lelaki dan perempuan,
pelajar2 akan cenderung dengan minat nak berkapel bercinta cinti.
Nak halang tak boleh, kita semua haiwan bernafsu... 

Bagi yg bijak pandai, mereka pandai membahagikan masa dan panda menjaga batasan dan limit bila bercinta cinti nih.
Tapi tak ramai yg bijak kerana sebenarnya mereka bercinta hanya kerana nafsu semata2 dan pengaruh kawan2... ya memang banyak kes kawan2 yg paksa supaya bercinta dengan si dia... kawan2 tu pulak yg lebih2.

Disini ada 1 nasihat, dalam apa2 keputusan berkenaan masa depan kita, biarlah kita sendiri yg tentukan, jgn ada orang lain paksa atau suruh, dan jangan paksa suruh orang menerima seseorang walaupun dia tidak mahu... kalau ko kata dia baik dan hebat sangat ko la amik dia jangan paksa kawan tu. Dan kalau kita sendiri yg kena ada kawan kita sibuk2 "eh kenapa ko tinggal kan dia, dia baik, dia hebat, dia menjamin masa depan ko kena terima dia jugak..." keraskan lah hati dan cakap kat dia "kalau dia bagus sangat ko amik je la dia!" 

Dan ada juga jenis budak2 yg timbul rasa minat kat seseorang ... Tapi yg sebelah pihak lagi tu tak minat... ada yg sampai memaksa2 merayu2 sampai ada juga jenis yg maki hamun... Jangan lah dipaksa kerana ia membuat kita nampak bodoh, apa hebat sangat yg ada pada kamu? duit pun mintak mak ayah...  orang tak suka biar je, kalau di paksa, skg mungkin dia terima tapi nanti lama2 perasaan dia akan hilang juga, kalau dah kahwin nanti si isteri g curang dengan orang lain, maruah kita sebagai lelaki nak taruk mana? kita boleh boast yg kita boleh belasah mamat ngan isteri tu tapi benda tetap dah jadi dan maruah kita sebagai suami memang dah jatuh tahap tahi ayam... hebat macam mana pun kuat macam mana pun nak cakap besar apa pun tetap maruah dah tercemar...
so apa2 pun jangan paksa sesuatu hubungan... carilah cinta yg benar2 lahir dari hati.

Ada juga kita tengok yg bila putus cinta, sampai frust tak mahu study, tak mahu hidup, sanggup buat benda tak elok kerana nak tunjuk kat orang tu yg kita ni merana sangat kerana dia... please lah matang sikit, perangai yg macam ni konpem orang tu takkan datang balik kerana hilang respek. Orang lain pun takkan datang. Sebab kita mudah lemah.
Ingat, selama ini kita membesar sampai sekarang, atas jasa siapa? Kita sakit dan susah siapa yg membantu dan menemani kita? Duit belanja Hari2 siapa yang kasi? Jasa family dan sahabat2 karib jarang dikenang dan diambil kira bila seseorang tu bercinta, sampai ada yang sanggup menderhakai ibubapa.

Yg sanggup lari rumah ikut jantan pun ada... ini 1 lagi masalah... Kepada adik2 perempuan sekelian sila fikir dan ambil perhatian... jika seseorang lelaki itu seorang yg gentleman, bertanggung jawab, yg menjamin masa depan, dia tidak akan menyuruh dan mengalakkan anda meninggalkan family hanya untuk bersama dengannya, dia akan datang sendiri jumpa family kita... jika dia ada kekurangan, pastikan dia berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kekurangan dia... Lelaki yang gallak dan suka anda menderhakai family kerana dia, lelaki itu hanya mementingkan dirisendiri dan nafsu semata2 dan tiada niat lain... satu hari bila dia jemu pasti anda akan diabaikan seperti sampah, percayalah... so jangan hanya pandang pada kata2 dan janji2 manis... nilai seseorang itu dengan peribadi dia dan perbuatan dia dan juga sikap. Bercinta guna akal bukan nafsu kerana ia melibatkan masa depan kita.

Lagi 1 nasihat yg sangat penting, pelajar2 semua datang dari jauh untuk belajar... Bukan mudah dan bukan murah... Hutang mencecah puluhan ribu RM malah ada yg mencecah ratusan ribu... Ingat ya ramai orang yg dah habis belajar walaupun bekerja 20-30 tahun masih belum dapat langsai hutang pelajaran... Masa juga terbuang 3-5 tahun... Jadi tolong setkan dalam minda... Tujuan utama datang belajar... Kalau kita main2 siapa yg akan tangggung hutang tu? Pakwe? Makwe? diorang sendiri berhutang... So bercinta boleh tapi ada limit... jangan sampai merosakkan masa depan kerana orang asing yg kita baru kenal 2-3 tahun... ingatlah jasa Family dan rakan2 karib yg sentiasa bersama kita... 

Bercinta antara pelajar ni adalah seperti berjudi, kita tak tahu outcome masing2... Masa depan si dia tu dan diri sendiri masih tak tentu kerana masing2 belum tamat pelajaran dan masih ditanggung keluarga. jadi jangan menaruh harapan yang mendalam pada pasangan masing2...
Bila masing2 dah menempuhi dunia sebenar, dunia pekerjaan... Dunia dewasa... keadaan hidup akan mengubah hati dan sikap individu... kerana itu ramai yang berubah drastik bila sahaja menempuhi dunia nyata dan disitulah bermulanya macam2 hal... yg kita nampak indah pada si dia waktu belajar2 dulu... tiba2 dah tak indah...
Satu lagi faktor ialah biasanya yg perempuan akan mula berkenalan dengan orang2 yg lebih berjaya di tempat kerja dan hati pun akan berubah... Perempuan biasanya akan sedar dan matang lebih awal dari lelaki... dia akan mula fikirkan masa depan dan ekonomi diri dan family yg akan dibina...

Fresh grad biasanya paling tinggi pun gaji rm2000...  tolak hutang belajar, sewa rumah, ansuran kereta belanja itu ini... balance? tak sampai rm300... kata la rm300... sebulan simpan rm300... kos belanja untuk kawin paling koman rm20k... maknanya perlu 66 bulan... atau 5 tahun lebih... tamat belajar umur perempuan tu 22-24... tak ramai yang sanggup tunggu lagi 5 tahun baru nak dipinang, itu kalau betul gaji 2000... dan peningkatan gaji bagi seseorang yg baru bermula bekerja... memang lambat. at least 10 tahun bekerja barulah boleh naik ekstra 1000-2000... Tapi, kadar grad yang berkelulusan di negara ni sangat menakutkan, boleh kata semua orang ada diploma dan degree... jadi peluang pekerjaan tu kecil... saingan terlalu besar... ipta dan ipts tiap2 6 bulan melepaskan puluh ribu graduan baru... adakah peluang pekerjaan setiap 6 bulan ada peluang baru? perlukan sykt2 yg ada sekarang buang orang setiap 6 bulan?
Jadi ini faktor dunia nyata yang ramai pelajar2 terlepas pandang dan tak mengambil kira... 

Jadi untuk jadi yg terbaik dalam puluhan ribu graduan itu, faktor2 kecil spt, cara pemakaian, adab dengan orang2 disekeliling, aktif dalam aktiviti2 sosial yang sihat, akan menentukan segalanya... so kalau yang nak bercinta masa belajar, baik lelaki mahupun perempuan pilihlah pasangan yg berkrateria begitu. Baik, beriman, rajin, tumpu pada akademik, pembersih, ada cita2 dan impian yang kuat, menghormati orang2 lain tak kira siapa... kerana sifat2 ini akan dibawa ke dunia nyata dan akan menjadi habbit yang menjamin masa depan... bukan sijil, bukan diploma dan bukan degree yg akan memastikan kedudukan kerana ramai lagi yg ada kertas tu malah lebih layak. 

So disini kepada semua pelajar, kalau nak bercinta waktu belajar... jangan menaruh harapan sepenuhnya... berkawan lebih baik... kita yg beragama ni apa bezanya bercinta dengan kawan2 kan? Fokus pada tujuan utama... belajar dan dapatkan keputusan yang terbaik dan bina diri jadi orang yg terpuji... jika hati terpaut, pastikan dia betul2 berkebolehan membimbing diri sendiri dan kita dan juga family... kalau kita tak konfident dia boleh buat begitu... eloklah berkawan sahaja. jangan sia-sia buang masa, duit, emosi dan mental...

No comments:

Post a Comment